Tajuk asal simposium: (International Symposium on Islam, Salvation and the Fate of Others), University of Illinois at Urbana-Champaign, 16-17 April 2010.
Alhamdulillah masa hujung minggu aku terisi dengan suatu majlis ilmu yang sungguh bermakna. Sudah lama juga sebenarnya aku menanti kupasan tajuk seperti ini yang aku kira amat penting untuk diduga, diamati, dan ditekuni oleh para pemikir Islam dan bukan Islam tentang penyelamatan (salvation) dan hujung-nasib(fate) mereka yang lain (bukan Islam; Others) menurut sudut pandangan Islam. Mana tidaknya, tajuk yang dianggap provokatif dan sensitif ini tidak biasa dihebah kepada awam – mungkin ada pihak yang risau akidah atau kepercayaan awam akan terpesong.
Tetapi aku berpandangan disebabkan kelesuan inteleklah tajuk ini terbiar lengang begitu sahaja di dalam arena intelektualisme dunia Islam pasca-moden. Kalau ada pun sarjana-sarjana yang berkecimpung dan menela’ah bidang ini dengan serius, sangatlah sedikit bilangannya. Banyaknya yang mengiyakan sahaja pandangan-pandangan sarjana lampau yang meletakkan landas wibawa intelek al-Ghazali, Ibn ‘Arabi dan Ibn Taymiyyah tanpa melunaskan sesuatu yang baharu – takut ‘terpesong,’ ‘hilang pedoman’ atau ‘tidak cukup kredibiliti’ katanya.
Mungkinkah simposium ini menjadi satu titik tolak kepada pembukaan semula ruang fikir, debat, dan diskusi tentang soteriologi, yakni diskusi teologikal dan doktrin penyelamatan mereka yang bukan Islam menurut pandangan Islam? Ada juga yang sinis menyatakan simposium ini hanyalah untuk memperbesar-besarkan suara-suara minoriti yang tidak mengikut rentak-alun gendang perdana. Biarlah, masing-masing ada konklusinya tersendiri. Berikut adalah pengamatanku terhadap mesej-mesej yang cuba disampaikan oleh cendekiawan-cendekiawan pelbagai aliran ideologi dan latar belakang. Ada yang beraliran ‘eksklusivis,’ ‘inklusivis,’ dan ‘pluralis’ (awas, pelabelan – hanya untuk pembezaan dikotomi pemikiran semata-mata dan jangan diambil hitam-putih!) yang beragama Islam, Yahudi, Kristian dan lain-lain (yang aku tidak tahu.)
Sesi pertama bermula dengan membuka persoalan kepada tema. Daniel A. Madigan daripada Georgetown Universiti dengan tajuknya “When It Comes to Salvation, Who Is the Other?” mengupas “pendekatan orientasi berbanding dengan pendekatan territorial.” Menurut Madigan, as-sirat al-mustaqim (Q. 1:5) adalah orientational, bukan territorial. Maka, patutlah ia ditekuni berdasarkan pendekatan orientasi kerana ini akan membawa persoalan yang melangkau lebih jauh daripada persoalan “di mana?” (jalan yang lurus itu.) Baginya, perlu ada unifikasi hasil daripada “fruit of dialogue.” Konklusinya, “when it comes to salvation, there is no Other – we are in this together.”
Freidenreich (Colby College, Food of the Damned) pula membahas isu tentang perbezaan pendapat tentang makanan zabihah-halal (bahasa slanga: ‘katok’) lebih berpaksi kepada pertembungan ideologi ulama medieval Sunni yang inklusivis dan Shi’ah yang eksklusivis. Eksklusivisme dan inklusivisme seolah-olah menghasilkan “imagined foreigners” (yakni golongan Zoroastrian, Kristian dan Yahudi) yang akhirnya membawa kepada fatwa ‘pengharaman’ makanan ahli-Kitab. Apa yang boleh diambil ialah “pemikiran Islam itu telah ditapis oleh tafsiran (exegesis).” Beliau menutup sesi kedua dengan melemparkan persoalan “are we different from our Medieval ancestors and see others in our own mirrors?” dan mengajak kita melihat “political consequences of certain kind of construct.”
Reinhart (Dartmouth College, Failures of Practice or Failures of Faith: Are Non-Muslims Subject to the SharÄ«‘ah?) membahaskan beberapa posisi cendekiawan-cendekiawan lampau berkenaan dengan kedudukan yang bukan Islam di dalam Shari’ah. Perbincangannya halus meneliti proses-proses fiqh dengan persoalan “[are the] kuffars morally responsible for Islamic moral practices?” Katanya lagi, “rational intolerance” adalah posisi baru di dalam Undang-undang Islam dan posisi ini diambil tatkala didukung sebagai pertahanan ketika umat Islam berada di dalam kedudukan minority. “Shari’ah is a grace, not a burden” adalah kata-kata penutup Reinhart.
Afsaruddin (Indiana University, “Negotiating Exclusion and Inclusion: The Hermeneutics of Moderation in Qur'anic Exegeses”) membawa kepada pengamatan Qur’an 5:66 yang berkenaan dengan “Righteous Jews and Christians,” dan “balanced community” (ummah al-muqtasidah) yang boleh membuka kepada persoalan penyelamatan. Beliau juga menyeru pengamatan kepada ummah wasatan, yakni “just community.” Maka harus didugalah dikotomi eksklusivis-inklusivis, intra-inter itu…
(Bersambung... lihat Bahagian 2)

1 comment:
waiting for bahagian 2...
Post a Comment