Kenangan bersama teman lamaku yang kini berada di Mesir. Aku menjejakkan kaki menuntut di dunianya. Dia pula pergi ke dunia lain kerana maksud yang sama. Semoga ketemu nur yang dia cari-cari itu.
Ada kala apabila aku berseorangan sambil memerhati orang lalu lalang di stesen bas mahupun di kaki lima, terkadang terusik benak fikiranku melihat jenis dan gelagat mereka yang beraneka macam. Pandang kanan, aku nampak sepasang kekasih yang sedang asyik bercinta penuh romantis. Pandang kiri pula, aku nampak seorang lelaki berkulit gelap bertubuh sasa yang hampir dua kaki lebih tinggi daripada ku. Gerun aku apabila terfikir kalau-kalau penumbuknya melayang ke arah muka ku; ada harapan aku kehilangan tiga atau empat batang gigi kekalku! Walaubagaimanapun, itu cuma pemikiran liarku sahaja. Di sebalik aneka ragam orang Barat dan segala macam karenahnya, aku sebenarnya kagum dengan tamadun yang mereka bina dan prinsip yang mereka pegang walaupun ada di antaranya tidak selari dengan pegangan hidupku.
Yang paling aku kagumi ialah sifat keterbukaan dan penerimaan yang mereka ada. Penerimaan bermaksud mereka boleh menerima ku seadanya walaupun pandangan hidupku, alur lidahku, dan wujud fizikalku ternyata berbeda daripada mereka. Keterbukaan pula bermaksud mereka sedia mendengar apa yang aku ingin sampaikan - tidak pernah aku rasa dikongkong daripada meluahkan idea atau isi hatiku sepanjang berbicara dengan mereka baik semasa kuliah bersama Professor mahupun bersama teman-temanku. Malah, ada yang berminat sehingga mereka mengajukan soalan-soalan dan meminta aku bercakap tentang diriku, negaraku, bangsaku, dan agamaku. Hmm... mungkin inilah prinsip kebebasan expresi dan bersuara yang dicanang oleh mereka yang telah lama termaktub di dalam perlembagaan negara mereka.
Kedua, kadangkala aku malu sendiri apabila aku melihat ada di kalangan mereka yang begitu komited dan percaya di dalam apa yang mereka perjuangkan. Seorang temanku ini begitu gemar menjugel. Boleh dikatakan hari-hari aku nampak dia menjugel di padang legar universiti jika hari cerah. Lambat laun, ramai yang tertarik dengan kepandaiannya menjugel. Mungkin sekarang dia telah menjadi Pengasas dan Presiden Kelab Jugel Illini. Seorang lagi adalah teman seasrama ku ketika kami berada di tahun pertama. Apabila bertemu sahaja, leka aku dan dia berbicara tentang Bahasa Arab, Islam, dan Al-Quran. Dalam minatnya mendalami ilmu-ilmu itu telah membuatkannya menjejakkan kaki ke Mesir! Hatta pada bulan Ramadhan di Mesir, sanggup dia berpuasa, walaupun belum lagi bergelar seorang Muslimah; mahu merasa bagaimana "budaya" menjadi seorang Muslimah, katanya. Tergelak kecil aku - pada satu sudut, lucu kata-katanya itu. Tetapi lubuk hatiku sangat mengagumi keberaniannya untuk mencuba memahami sesuatu perkara yang sangat asing buatnya!
Ketiga, tentang buku. Belek-belek sikit di sana sini, terpacul nama Frederick Denny, John Esposito, dan Karen Armstrong yang banyak menulis dan melontarkan idea-idea segar tentang agamaku, Islam. Di mana penulis-penulis kita terutamanya yang berasal daripada Nusantara? Bukan itu sahaja, hujah-hujah yang mereka lemparkan sangat kemas, aku sangat menghormati hujah-hujah itu walaupun ada kalanya aku tidak bersetuju dengan apa yang mereka sampaikan. Pendek kata, mereka ada kolam ilmu yang luas lagi dalam, terpulanglah kepada kita untuk memancing dengan kail sepanjang mana dengan umpan jenis apa.
Mungkin banyak lagi yang aku perlu pelajari daripada mereka... Dalam pada masa yang sama, mungkin aku boleh menjadi duta kecil kepada apa-apa yang aku wakili!

No comments:
Post a Comment